suria

21 Adun tak hadir sidang DUN khas

KOTA KINABALU: Seramai 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah termasuk bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman tidak menghadiri Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diadakan di sini, Isnin.

Adun berkenaan ialah 11 orang daripada UMNO; enam (Parti Bersatu Sabah); dua (Parti Solidariti Tanah Airku); dan masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UPKO.

Persidangan khas yang merupakan sidang DUN pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas itu dimulakan kira-kira pukul 10.23 pagi tanpa kehadiran kesemua Adun berkenaan.

Selain pemasyhuran speaker Dewan, persidangan khas DUN Sabah itu turut menyaksikan upacara angkat sumpah seramai 43 Adun termasuk tiga Adun dilantik.

Upacara angkat sumpah itu didahului oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diikuti tiga timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Christina Liew; dan Datuk Jaujan Sambakong.

Persidangan khas itu turut mengemukakan usul undi percaya kepada Mohd Shafie sebagai ketua menteri yang dikemukakan oleh Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri. - BERNAMA

DUN Sabah, Shafie Apdal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain