suria

Terpaksa lari berseluar dalam

Lima premis termasuk pusat khidmat wakil rakyat terlibat kebakaran.

KUALA KETIL: Tidak sempat mencapai baju dan seluar, seorang remaja lari terpaksa menyelamatkan dirinya dengan hanya memakai seluar dalam.

Muhammad Harith Afham Md Amin,16, sedang tidur ketika kedai milik keluarganya dan empat  premis di sini, musnah dalam kebakaran pagi Selasa.

Kejadian pada sekitar pukul 11.15 pagi itu melibatkan empat premis perniagaan dan satu pejabat pusat khidmat wakil rakyat di tingkat atas bangunan Majlis Daerah Baling.

Mangsa berkata, dia terjaga daripada tidur selepas terbau asap.

Katanya, dia bergegas keluar dari kedai tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barangan.

"Waktu terjaga asap dah mula penuhi ruang kedai, api tak nampak. Saya nampak kepulan asap datang dari bahagian belakang kedai.

"Saya tak sempat nak selamatkan apa-apa. Seluar pun tak sempat ambil, terus keluar dan nampak jiran menjerit-jerit minta telefon bomba, kain tuala pun saya minta daripadanya," katanya.

Menurutnya, dia hanya berseorangan ketika kejadian.

"Adik dan mak ayah keluar, saya seorang saja dalam kedai," katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, tiga punca awal dikaitkan dengan kebakaran berkenaan.

"Jangkaan awal, kebakaran mungkin disebabkan peralatan eletrik, mungkin juga lintar pintas pada pendawaian dan aktiviti memasak," katanya. - Sinar Harian

seluar dalam

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia