KUCHING: Parti Komponenan Barisan Nasional (BN) Sarawak memutuskan untuk keluar dari gabungan terbabit dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ketua Menteri Sarawak dan Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat empat pemimpin parti berkenaan pada Selasa. "PBB, SUPP, PRS dan PDP membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan BN dan membentuk gabungan baharu, GPS. "Keputusan itu dibuat selepas banyak perbincangan dan pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira perkembangan politik semasa negara selepas PRU14," katanya.