suria

Lagi skandal besar akan didedah - Guan Eng

Lim Guan Eng.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng memberitahu terdapat skandal besar yang lain membabitkan Kementerian Kewangan akan didedahkan tidak lama lagi.

Agensi berita Singapura, Channel News Asia melaporkan Guan Eng berharap beliau akan dapat mendedahkan setiap skandal dalam tempoh 100 hari supaya negara dapat terus ditadbir.

"Saya fikir di sinilah 'pembersihan' bermula... sebaik sahaja pengiraan semula selesai, 'pembersihan' dilakukan, 'penyahtoksikan' selesai, Malaysia boleh kembali ke landasan yang betul," kata Guan Eng dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Guan Eng membayangkan beberapa 'fail merah' yang disebutnya dapat membongkarkan skandal di Kementerian Kewangan.

Antara yang telah didedahkan Guan Eng termasuk bayaran daripada Bank Negara dan Khazanah Nasional untuk memenuhi obligasi hutang 1MDB, serta projek saluran paip gas bernilai RM9.4 bilion yang dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Dalam temubual itu, Guan turut memberitahu bahawa bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang masalah yang melibatkan 1MDB.

"Secara peribadi, saya fikir beliau bertanggungjawab sepenuhnya. Hanya menteri kewangan yang boleh memberi kuasa kepada urus niaga ini.

"Sudah tentu, ini adalah perkara bagi panel siasatan untuk membuat keputusan, dan jika mereka fikir dakwaan itu adalah keperluan, biar mahkamah membuat keputusan.

"Setakat yang saya merasakan ia adalah 'tanggungjawab sekiranya berlaku masalah' oleh meja bekas menteri kewangan, biarlah siasatan dijalankan dan proses sewajarnya megambil peranan," kata Guan Eng.

1MDB, Lim Guan Eng, skandal

Artikel Lain