PETALING JAYA: Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Alibaba, Jack Ma bertemu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya pada Isnin. Bernama memuat naik klip video pendek menerusi Twitter tentang pertemuan mereka yang sedang berlangsung secara tertutup. Ma dipercayai mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan menteri kewangan Lim Guan Eng pada malam Ahad. Alibaba founder, Jack Ma calls on PM Tun Dr Mahathir @chedetofficial at Perdana Putra, today pic.twitter.com/MmidP3UtBh— BERNAMA (@bernamadotcom) June 18, 2018 Pertemuan itu telah membawa kesan positif terhadap situasi kontrak tidak menguntungkan yang ditandatangani di antara beberapa syarikat China dan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kata sumber. Ma berada di Kuala Lumpur untuk membuka pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur pada Isnin. Ma merupakan salah seorang ahli perniagaan terkemuka China dan antara yang pertama bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi dari kerajaan Pakatan Harapan.