suria

Rumah Jamal dimasuki pencuri kononnya pengawal peribadi

Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR: Kediaman Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Lembah Klang dimasuki empat pencuri yang menyamar sebagai pengawal peribadi beliau.

Insiden tersebut dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mereka mencuri cermin mata hitam, pakaian, beg tangan, bagasi dan dua dekoder kameran litar tertutup (CCTV).

"Kita belum mengenal pasti nilai barang-barang yang dicuri.

"Pengawal keselamatan membuat berhubung insiden dengan mendakwa kesemua suspek memberitahunya mereka adalah pengawal peribadi.

"Mereka beritahu tidak dibayar oleh Jamal dan mahu mengambil pakaian dan baju," katanya, sambil menambah tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Fadzil berkata, polis menyiasat kes itu sebagai pecah rumah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jamal kini sedang diburu, dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap beliau. 

Ia berikutan kegagalan beliau untuk hadir terhadap kes didakwa memecahkan botol arak di pintu utama bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) pada Oktober tahun lalu.

Jamal Md Yunos

Artikel Sebelum

Artikel Lain