suria

Siti Kasim ditahan polis

Siti Kasim.

PETALING JAYA: Peguam dan aktivis, Siti Kasim ditahan polis kerana membantu seorang wanita melarikan diri dari kawalan ibunya.

Siti ditahan pada Sabtu malam selepas polis masuk ke rumahnya dan menahan wanita itu, anak guamnya.

Penahanan itu disiarkan secara langsung di Facebook dan menjadi tular, pada awalnya dianggap disebabkan oleh penculikan tetapi kemudian dinafikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata,tangkapan itu bukan disebabkan penculikan tetapi kerana untuk menghalang polis.

"Dia ditangkap mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugasnya," katanya ketika dihubungi selepas video tersebut tular.

Menurut status Siti di Facebook, anak guamnya yang merupakan seorang dewasa cuba untuk keluar dari kawalan ibunya.

Bagaimanapun, ibu kepada wanita berkenaan membuat laporan polis, mendakwa anak perempuannya tidak stabil dan akidahnya dipersoalkan.

Siti juga mendakwa anak guamnya kemudian "diculik" oleh polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Anak guamnya dikatakan berpindah dari rumah ibu bapanya untuk melepaskan diri dari "kawalan ibu" yang didakwa mengongkongnya.

Gadis itu memberi keterangan kepada Jais sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan kesihatan mental, dan dilepaskan.

Dia kemudian tinggal bersama Siti.

Siti Kasim

Artikel Sebelum

Anwar masuk hospital

Artikel Berikut

Artikel Lain