suria

Bayi dicampak dari tingkat 2 kini kritikal

Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemui seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang Isnin lalu.

KUALA LUMPUR: Keadaan bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang dekat sini Isnin lepas, kembali kritikal walaupun pada Selasa dilaporkan agak stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata bayi berkenaan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Kajang.

"Keadaan terkini bayi dalam keadaan kritikal, viral (kononnya bayi) patah tulang bahu kanan tidak betul kerana laporan doktor masih belum siap," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Dalam kejadian 5 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemukan oleh seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di perkarangan Hospital Kajang untuk siasatan.

Wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan.- Bernama

Campak bayi, kritikal

Artikel Sebelum

Artikel Lain