suria

Mat Sabu pekena teh tarik mamak sebelum ke istana

SHAH ALAM: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu terkenal dengan personaliti merendah diri yang sering ditonjolkan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).

Walaupun sudah bergelar Menteri, namun beliau tidak kekok untuk makan di kedai mamak seperti yang biasa dilakukannya sebelum menjadi menter.

Terbaharu melalui entri di laman Twitter, Mat Sabu memuat naik beberapa gambar menikmati sarapan pagi di Restoran Khulafa Seksyen 19, Shah Alam sebelum menuju ke Istana Negara untuk istiadat angkat sumpah menteri Kabinet.

“Dalam perjalanan ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah rakan-rakan menteri Kabinet. saya singgah minum di Restoran Khulafa Seksyen 19, Shah Alam...kegemaran saya teh C ‘O’,” katanya.

Melalui gambar yang dimuat naik itu juga, beliau ditemani isteri , Normah Alwi dan beberapa orang pegawai.

Entri itu yang dimuat naik pada jam 9.44 pagi turut mendapat perhatian pengguna Twitter memuji sikap Mat Sabu yang tidak kekok untuk lepak di kedai mamak.

Pengguna Twitter, @armanamin330 menulis : Jarang la dapat tengok escort/bodyguard makan sekali dengan menteri.Terbaik.

Manakala @tajudin6464 menulis : Simple sungguh Abg Mat..i like.

Tidak kurang juga ada yang menasihati Mat sabu supaya tidak mengambil minuman manis dan menjaga kesihatan.-SinarHarian


Mat Sabu, Istana Negara

Artikel Berikut

Artikel Lain