suria

Najib Razak ditahan

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara pada petang Selasa.

Penangkapan itu dibuat ketika SPRM masih merekodkan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi, serta anak tirinya, Riza Aziz berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib pada 22 dan 24 Mei lalu.

Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu dilaporkan ditahan pada pukul 2.35 petang ini di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan tersebut.

Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas 1MDB terdiri daripada Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador.

SPRM, Najib

Artikel Sebelum

Hanya salah faham - Zahid

Artikel Berikut

Artikel Lain