suria

“Sama spesis ‘menatang’ yang bunuh anak aku!”

Allahyarham Adam Rayqal (kiri) dan Allahyarham Muhammad Rayyan.

PETALING JAYA: Kisah seorang bayi berusia lima bulan yang ditemui disembunyikan dalam peti ais di rumah pengasuhnya mengundang amarah seorang bapa yang pernah kehilangan insan teristimewa beberapa bulan lalu sehingga menjadi tajuk utama berita.

ARTIKEL BERKAITAN: Menitik air mata baca luahan ini: “Nanti Uyat besar, Uyat beli rumah, kereta bagi abah”

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rayqal maut akibat cedera di kepala

Lelaki yang anaknya, Allahyarham Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan ditakdirkan menemui ajal disyaki akibat didera teman lelaki bekas isterinya meluahkan perasaan itu di laman sosial.

“Ni lah spesis ‘menatang’ (binatang). Sama spesis menatang yang bunuh anak aku. Sebab tu aku dari dulu skeptikal bab pengasuh ni. 

“Baik aku jaga anak sendiri dari bagi kat orang yang tak dikenali. Kalau kat family sendiri tak apa, ni kat orang asing yang kita tak tau perangai macam mana. 

KENANGAN... Hairil bersama anaknya, Allahyarham Muhammad Rayyan Hidayat.

“Tapi memang celakalah. Kau bunuh kau letak dalam freezer (peti sejuk). Orang macam ni lah paling celaka, sebab dah bunuh orang,” kata Hairil Khan Azali menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya pada Rabu.

Bayi malang berusia lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves pada Selasa malam.

Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya mendakwa tersalah menyerahkan bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.

Hairil turut kesal kerana si pelaku yang mengakibatkan kematian anak kecil ini tidak menyelami bagaimana perasaan ibu bapa mereka. 

Bapa kepada bayi Adam Rayqal Mohd Sufi, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi ditenangkan oleh ahli keluarga ketika tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Rabu. Foto Bernama

“Tapi hukuman untuk kau mati lambat lagi nak kau dapat. Yang budak tu sampai reput pun... kau masih tak mati-mati lagi.

“Ada kau fikir nak bedah siasat nanti macam mana perasaan mak bapa budak tu. Aku rasa dah semua,” katanya dengan nada kesal.

Namun dari sudut hatinya, Hairil turut menzahirkan rasa simpatinya kepada keluarga mangsa di atas nasib yang dialami mereka apabila berdepan ujian yang besar.

Status Hairil di Facebook miliknya yang bersimpati  dengan  memuat naik gambar ibu kepada bayi berkenaan, Farrah Madihah Othman yang tidak dapat menahan kesedihan ketika memangku jenazah anaknya.

“Kepada ahli keluarga... harap bertabah. Besar dugaanmu. Percayalah aku pernah rasa dan sampai sekarang aku masih rasa anak aku hidup lagi.

“Lebih lima tahun Allah pinjamkan dia... bertemulah mereka di syurga nanti, insyaAllah,” katanya mengenai nasib yang menimpa anaknya, apabila hasil bedah siasat mendapati tulang rusuknya patah selain mengalami lebam-lebam pada badan dan ususnya pecah, dan kanak-kanak itu mati selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada badan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan