suria

Jamal tiba petang ini

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos dijangka tiba petang ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Indonesia.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad.

"Jamal dijangka tiba pada pukul 2.15 petang ini di KLIA.

"Kemudian Jamal akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk proses pertuduhan," katanya.

Pada Rabu, sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan dihantar ke Indonesia bagi membawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos pulang.

Isnin lalu, Jamal telah ditahan Polis Indonesia pada pukul 6.15 petang di Jakarta.

Pada 25 Mei lalu, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri sebelum disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada pukul 5.30 petang.

Jamal yang juga merupakan Ketua Gerakan Baju Merah sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu. - Sinar Online

Jamal Md Yunos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain