suria

PRK Sungai Kandis: Tiada isu nak guna logo Umno

Ng Chok Sin.

KLANG: MCA Selangor memberitahu bahawa tiada isu untuk Umno tidak menggunakan logo Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Setiausahanya, Datuk Ng Chok Sin berkata, MCA akan memahami sekiranya Umno memilih untuk menggunakan logo partinya.

"Barisan dalam keadaan yang sangat tidak menentu sekarang dan mungkin menggunakan logo Umno adalah cara yang tepat ke hadapan ketika ini," kata Chok Sin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rancangan Umno Selangor untuk menggunakan logo parti berbanding logo BN pada PRK Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Beliau turut memberitahu, BN mempunyai lima tahun untuk pulih dan kembali kepada kegemilangannya sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi ini tidak bermakna MCA berputus asa dengan Barisan. Kita merupakan salah satu pengasas gabungan ini dan kita akan berdiri untuk Barisan, yang memerlukan penjenamaan yang boleh dlaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser pada 2 Julai lalu.

Ng Chok Sin, Umno, MCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain