suria

Warga emas Jepun terjun dari tingkat 20 kondominium

PETALING JAYA: Seorang wanita Jepun terjun dari tingkat 20 sebuah kondominium di Kota Damansara di sini.

Difahamkan mayat mangsa berusia 62 tahun itu dijumpai berhampiran kolam renang pada pukul 7.27 malam Khamis.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, wanita tersebut tinggal bersendirian di kondominium berkenaan kira-kira selama empat bulan.

"Dia datang ke Malaysia kira-kira dua tahun setengah lalu bersama suaminya dan bekerja di syarikat Jepun di sini.

"Mangsa bersara selepas bekerja selama dua tahun dan suaminya dipindahkan ke ibu pejabat syarikat itu di Jepun," kata beliau.

Mangsa sebelum ini tinggal di sebuah pangsapuri dekat Bangsar, Kuala Lumpur.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," kata Mohd Zani.

terjun bangunan

Artikel Lain