SEORANG peniaga durian ditikam sebanyak 5 kali oleh sekumpulan samseng Myanmar yang cuba menyamun wang tunai hasil jualannya dalam kejadian di hadapan kedai kereta terpakai di Sentul, Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, mangsa berusia 23 tahun itu membawa beg galas berisi wang tunai sebelum didatangi 3 lelaki. "Mangsa bergelut dengan suspek mengakibatkan dia ditikam beberapa kali di bahagian bahu, pinggang dan dagu. "Anggota balai bergerak yang berada berdekatan lokasi datang membantu dan seorang suspek warga Myanmar berusia 21 tahun, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam, katanya". Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. Tambah Munusamy, polis sedang memburu dua lagi suspek.