suria

Paket teh Cina berisi syabu, rampasan cecah RM7.8 juta

KUALA LUMPUR: Di sebalik timbunan bungkusan teh Cina, rupa-rupanya terkandung sejumlah 156 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.

Dadah berkenaan disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan mampu memenuhi permintaan 179,000 penagih dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, seramai 10 lelaki dipercayai anggota sindiket berkenaan turut ditahan dalam serbuan di Ampang Jaya, dekat sini pada Sabtu lalu.


Serbuan itu termasuk di tempat letak kereta sebuah pasaraya pada kira-kira pukul 7.45 pagi.

"Sindiket ini dapat dilumpuhkan hasil kerjasama pasukan keselamatan di China.

"Bekalan dadah ini dipercayai dibawa masuk menerusi laluan di pantai timur negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, Isnin.

Selain itu, katanya, turut dirampas adalah beberapa kenderaan, barang kemas dan wang tunai.
Syabu, Ampang Jaya, Mohmad Salleh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain