PETALING JAYA: Tindakan instafamous, Siti Norsyafiqah Tajudin atau lebih dikenali sebagai Ieka menyalahkan guru-guru di sekolahnya gara-gara keputusan gagal '7G' pada peperiksaan pertengahan tahun dikecam netizen. Komen 'kurang cerdik' Ieka itu menjadi bualan hangat netizen di laman Twitter. Malah, keputusan peperiksaannya turut tular di media sosial selepas Ieka menyalahkan guru-gurunya menerusi live video di Instagram dipercayai milik ibunya. Salah seorang pengguna Twitter @hafifaharikays yang berang dengan tindakan tersebut menasihati Ieka dan kembarnya, Siti Norsyakirah atau Iera supaya berhenti mengejar kemashyuran dan fokus semula kepada pelajaran mereka. "Kepada Ieka dan Iera Tajudin. Akak bukan nak cakap apa. Tapi dik, betul, ada orang boleh berjaya tanpa pelajaran tetapi pelajaran penting. "Boleh tak anda berhenti kejar kemashyuran dan kembali belajar? 7G tu teruk dik. Takut nanti dah besar b***h sangat sampai diperb****kan," tulisnya. Pada masa sama, wanita tersebut turut bertanya kepada Ieka mengenai perasaannya selepas mendapat keputusan teruk sebegitu. "Zaman akak dulu, pernah la juga dapat D. D tu kira upper levellah dari G (gagal), tu pun akak kena maki teruk dengan mak akak dik. Time tu dah rasa b**** sangat dah. Slip peperiksaan yang dipercayai milik Ieka tular di media sosial. "Apa awak rasa dapat G? Tak malu ke? Bukan sebab malu dengan orang tapi malu dengan diri sendiri? Sebab tak mencapai apa-apa," tulisnya. Wanita tersebut turut meluahkan rasa bimbang untuk mendidik generasi muda hari ini. "Saya sendiri sebagai bakal guru takut untuk mendidik generasi Ieka dan Iera Tajudin ni. "Semasa zaman saya, nak dapat 1C pun takut, apatah lagi nak salahkan cikgu. Budak zaman sekarang dapat 7G relaks je, siap cakap cikgu salah. "Allahu berilah kekuatan pada bakal guru ini," tulisnya. Dalam live video tersebut, Ieka memberitahu pengikutnya dia mengambil keputusan untuk bersekolah di rumah kerana kecewa dengan sikap melampau guru di sebuah sekolah menengah di Setia Alam, Selangor. Malah Ieka berkata dia ada bukti bahawa guru-guru di sekolah tersebut teruk. Tinjauan mStar Online mendapati gadis berusia 17 tahun itu turut menutup ruangan komen di Instagram miliknya. Ibu Ieka menerusi Instagram miliknya @tajudinfauziah menyatakan sokongan kepada pasangan kembar itu. "Mama tahu adik kuat, sabar ok ni dugaan adik. Insya-Allah ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Aamiin @ieka.tajudin @iera.tajudin," tulis ibunya.