suria

Kempen tak perlu guna banyak wang - Najib

Najib (kanan) dan Lokman (dua, kanan) sempat beramah mesra dengan pelajar-pelajar sekolah. Foto K K Sham/The Star

SUNGAI KANDIS: Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan parti itu tidak memerlukan wang yang banyak untuk berkempen dalam PRK Dun Sungai Kandis.

Menurutnya, meskipun akaun parti dibekukan namun kempen tetap berjalan dengan baik.

“Kita tak perlu wang yang banyak untuk kempen. Kita gunakan wang yang paling minima dan kita buat ‘low profile’.

“Tapi lebih mesra dan menyentuh hati rakyat. Daripada kita buat besar-besaran dengan khemah, belanja, jamuan dan sebagainya...tetapi (PRK Sungai Kandis ini) pendekatan kita lebih mesra kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas ‘walkabout’ di sekitar Kampung Sg Kandis, Rabu.

Sebelumnya, beliau sempat menziarahi 10 buah rumah pengundi di sekitar kampung tersebut sebelum menyantuni pengundi di sekitar kawasan Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis.

Menurutnya, penglibatan pertamanya dalam kempen calon BN, Datuk Lokman Noor Adam itu bagi membantu BN dan Lokman di kawasan tersebut.

Najib juga akui menerima sambutan yang begitu mesra daripada pengundi di sini.

“Saya tak tahu (reaksi pengundi) tapi nampaknya mesra sekali. Ini kawasan yang luas dan ada macam-macam orang dengan pelbagai latar belakang. Setakat ini baik. Kita akan lihat perkembangannya.

“Rata-rata mereka ini pengundi BN dan saya telah minta supaya semangat dan sokongan itu dipindahkan kepada anak-anak mereka juga supaya menyokong juga calon BN,” katanya. - Sinar Harian

Sungai Kandis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain