suria

Kerajaan harap Nepal pertimbang semula sekatan hantar pekerja ke Malaysia

IPOH: Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran meminta kerajaan Nepal agar memberikan kelonggaran terhadap halangan untuk rakyatnya bekerja di negara ini.

Kata Kulasegaran, banyak industri di Malaysia bergantung kepada pekerja asing.

"Kami akan cuba mencari mekanisme lain untuk pekerja mereka datang ke sini.

"Jika tidak, akan terdapat kekurangan pekerja yang teruk di negara kita dan menyebabkan kemerosotan berlaku.

''Pekerja Nepal terkenal dengan keberanian dan kejujuran mereka serta ramai majikan Malaysia memilih untuk mengambil mereka bekerja.

''Kami berharap pada masa ini, Nepal akan lebih bertolak ansur dalam perkara ini dan mempertimbangkan semula (keputusan mereka),'' katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Bebas Kemalangan di Tempat Kerja di sini pada Sabtu.

The Star melaporkan pada Sabtu bahawa kerajaan Nepal menyekat rakyatnya untuk datang ke Malaysia berkuat kuasa serta-merta kerana tidak gembira dengan peraturan oleh Jabatan Imigresen negara ini yang ketat terhadap pekerjanya sebelum diambil bekerja.

Ia termasuk monopoli daripada syarikat swasta bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan sebagai sebahagian keperluan visa.

pekerja Nepal

Artikel Lain