suria

Akaun IG dedah aib selebriti ‘hilang’, pemilik tak serik buat analisis

Syamel antara selebriti yang didakwa menggunakan jam mewah tiruan.

PETALING JAYA: Selepas akaun Instagram yang mendedahkan beberapa selebriti dan personaliti media sosial menggunakan barangan tiruan jenama mewah dilaporkan, akaun @streetwearbustamy didapati sudah tidak lagi aktif.

Akaun tersebut menjadi perhatian kerana giat melakukan 'analisis' terhadap barangan berjenama yang digayakan para selebriti dan mengesan sama ada ia adalah asli atau tiruan.

Bagaimanapun, kredibiliti akaun tersebut menjadi persoalan apabila didakwa tersilap menilai sepasang kasut jenama mewah milik seorang Instafamous, Syed Muhammad Syafiq Syed Zakaria.

Terkini, pencarian akaun asal @streetwearbustamy yang memiliki lebih 20,000 pengikut tidak lagi ditemui di platform Instagram kerana dipercayai digantung selepas banyak aduan dibuat ke atas akaun itu.

Bagaimanapun, akaun sokongan atau kedua didaftarkan dengan nama @streetwearbustmy pada awal pagi Selasa dengan gambar pertama yang dimuat naik menunjukkan slogan "tiada siapa dapat memberhentikan kami, sayang".

Akaun dedah artis pakai barang tiruan.

Gambar tersebut turut disertakan dengan kapsyen tanda pagar #makestreetweargreatagain (jadikan pakaian jalanan kembali hebat).

Selepas 10 jam ia didaftarkan, akaun baharu tersebut telah memuat naik sebanyak enam posting dan meraih seramai 4,021 pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti aibkan orang, tutup akaun!

Pada Isnin mStar Online melaporkan, gara-gara tersilap menilai sepasang kasut jenama mewah milik seorang Instafamous, pemilik akaun Instagram berkenaan bukan sahaja 'diserang' personaliti media sosial itu, malahan turut dikecam netizen.

Lebih teruk, pemilik akaun @streetwearbustamy turut didesak untuk memadam akaun Instagram miliknya kerana penilaian yang dibuat telah memalukan dan membuka aib individu yang dijadikan sasaran.

Menurut salah seorang mangsa, Syed Muhammad Syafiq Syed Zakaria atau mesra disapa Syed Syafiq, dia terkilan kerana dikatakan memakai sepasang kasut mewah jenama tiruan.

Kiri: Akaun asal @streetwearbustamy yang tidak lagi aktif. Kanan: Akaun sokongan @streetwearbustmy.

barangan tiruan

Artikel Berikut

Artikel Lain