KUALA LUMPUR: Kebakaran di sebuah bengkel di Sentul pada Selasa sehingga mengakibatkan seorang maut, berpunca daripada pertengkaran. "Pada kira-kira pukul 8 malam semalam, mangsa berada di pejabat kedai bersama suaminya," kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner R. Munusamy ketika dihubungi pada Rabu. "Suspek masuk untuk bertemu dengan mangsa bagi membincangkan beberapa perkara. Tidak lama kemudian, mangsa memanggil pekerjanya yang berada di luar kedai untuk mengusirnya dari premis itu. "Suspek berlari ke motosikalnya dan mengeluarkan sebuah bekas yang dipercayai mengandungi petrol. Dia kembali ke kedai dan menyimbah petrol ke arah mangsa. Usaha untuk menghentikan suspek tidak berhasil, sebelum dia membakarnya menggunakan pemetik api," kata Munusamy. Kebakaran itu mengakibatkan seorang mangsa berusia 51 tahun, yang turut membuatkan suami mangsa, seorang pekerja dan suspek melecur. Mereka yang terselamat mengalami kesan melecur masing-masing 46, 11 dan 53 peratus di badan mereka. Polis sedang berusaha untuk merakamkan keterangan suspek dan suami mangsa. "Keterangan mereka masih belum direkodkan kerana kedua-duanya masih tidak sedarkan diri. "Motis kejadian masih disiasat," katanya.