PETALING JAYA: Selepas lapan tahun di belakang 'tabir', Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi diisytiharkan sebagai presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding selepas tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang Ahad.
Anwar menggantikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang telah memegang jawatan sejak parti yang diasaskan pada tahun 1999.
Kertas pencalonan itu difailkan oleh pengarah strategik parti Sim Tze Tzin bagi pihak Anwar pada 11.15 pagi Ahad (5 Ogos) di ibu pejabat parti itu.
Setakat 5 petang, tidak ada calon yang menamakan diri mereka untuk bertanding jawatan presiden PKR.
Anwar sebelum ini adalah pemimpin PKR, kedudukan yang dipegangnya sejak parti itu dibentuk hampir 20 tahun yang lalu.
Pengesahkan itu menyaksikan spekulasi besar bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertanding jawatan presiden berakhir.
Terdahulu, wakil-wakil Azmin menghantar borang pencalonannya untuk jawatan timbalan presiden kira-kira pukul 4.45 petang.
Ini bermakna Azmin bakal berdepan dengan Rafizi Ramli, yang juga mahukan jawatan itu.
Senarai penuh pencalonan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
Presiden
Anwar Ibrahim
Timbalan Presiden
Rafizi Ramli
Mohamed Azmin Ali
Naib Presiden
William Leong
Michael Thamil
Nurul Izzah Anwar
Johari Abdul
Kesavan Subramaniam
Balasubramaniam
Xavier Jayakumar
Tian Chua
Azan Ismail
Vasantha Kumar
Zuraida Kamaruddin
Shamsul Iskandar Mohd Akin
**Sebanyak 86 borang pencalonan diterima untuk jawatan ahli MPP
Ketua Wanita PKR
Fuziah Salleh
Haniza Talha
Timbalan Ketua Wanita PKR
Dr Daroyah Alwi
Rodziah Ismail
Naib Ketua Wanita PKR
Chrisnadia
Faezah Ariffin
Chua Yee Ling
Wasanthee
Sivamalar Sangeetha
Rahimah Majid
**Sebanyak 45 borang pencalonan diterima untuk jawatan Exco Wanita PKR Pusat
Ketua AMK
Akmal Narullah Mohd Nasir
Najwan HalimiDr Afif BahardinTimbalan Ketua AMK
Naqiuddin Nazri
Raymond Ahuar
Muhammad Hilman Idham
Naib Ketua AMK
Thiban Subramaniam
Chua Wei Keat
Ahmad Shukri Che Ab Razab
Mohd Nazree Mohd Yunus
Loh Ker Chean
Jestin Raj Savarimuhtu
Siau Sy Jen
**Sebanyak 49 borang pencalonan diterima untuk jawatan Exco AMK Pusat