suria

Kecoh di Twitter guru sekolah memandu gatal, kaum sejenis pun OK!

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Selepas tular kisah gangguan seksual terhadap doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan pada bulan lalu, kini para pelajar sekolah memandu pula tampil menceritakan pengalaman masing-masing yang mendakwa berdepan situasi sama.

Rata-rata mangsa tidak mendedahkan identiti masing-masing ketika berkongsi pengalaman mereka kepada pemilik akaun Twitter @myjoe_.

Seorang pengguna Twitter terpaksa berdepan detik menakutkan apabila seorang guru sekolah memandu memegang tangannya yang ketika itu sedang memandu dan meletakkan tangan kirinya di atas alat sulitnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor pelatih dakwa jadi mangsa gangguan seksual ketua jabatan

"Dia duduk tempat duduk penumpang kemudian menyuruh saya memandu menggunakan sebelah tangan, hanya untuk menguji saya.

"Jadi saya guna tangan kanan. Dia memegang tangan kiri saya dan meletakkannya ke atas kelangkangnya.

"Masa itu, saya takut jadi saya tidak berani berbuat apa-apa selain menarik tangan," katanya melalui pesanan peribadi yang dihantar kepada @myjoe_.

Tambah mangsa, guru terbabit didakwa turut cuba meraba dadanya dan merehatkan tangan di bahagian bahu tempat duduk pemandu sehingga menyebabkan tangan guru tersebut 'tergantung' berhampiran dadanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa menceritakan dua guru sekolah memandu cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya yang berpewatakan seorang lelaki lembut.

"Cikgu saya pernah cakap, "mata tu pandang jalan, jangan pandang stereng, kalau tak nak pandang jalan, ni pandang k**** abang". Saya diam je," tulisnya.

Dalam kejadian lain yang turut menimpa mangsa, seorang lagi guru cuba meletakkan tangan lelaki itu ke bahagian kemaluannya namun ditolak oleh mangsa.

"Cikgu motosikal ni tolong ajarkan. Saya duduk belakang.

"Dia suruh saya peluk dia. Lepas itu, doa bawak pusing litar. Jauh sedikit, dia turunkan tangan saya dekat kemaluan dia.

"Saya tolak la. Dia kata, "ala, macam tak suka pula". Tapi saya ini lelaki, lelaki lembut," katanya yang meluahkan rasa penat menjadi lelaki sepertinya.

Posting yang dimuat naik oleh @myjoe_ pada Ahad itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Posting tersebut menerima 6,156 ulang kicau (retweets) dan mendapat 3,939 tanda suka.

Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut memberikan reaksi kepada posting tersebut meminta agar mangsa menyalurkan maklumat kepada pihaknya untuk tindakan segera.

"Mohon salurkan kepada kami untuk tindakan segera.

"(Layari laman web) jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do, kerjasama amat dihargai," tulis JPJ.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain