suria

Wanita putus tangan ditetak suami

Foto Facebook Penduduk Bayan Lepas.

BAYAN LEPAS: Seorang wanita putus pergelangan tangan akibat ditetak suaminya dalam kejadian di sebuah flat di sini, awal pagi Ahad.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 12.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, mangsa yang berusia 24 tahun kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.

Menurutnya, susulan itu, polis berjaya menahan suaminya yang berusia 39 tahun di hadapan sebuah surau di Macallum di sini.

"Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi. Dia mengaku menetak tangan isterinya menggunakan sebilah pisau.

"Motif dipercayai kerana dendam dan cemburu apabila mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu," katanya.

Menurutnya, suspek dan mangsa sedang dalam proses penceraian. - Sinar Harian

tetak, suami

Artikel Lain