suria

Tabung Harapan kini cecah lebih RM177 juta

PUTRAJAYA: Kutipan Tabung Harapan Malaysia kini berjumlah RM177,970,292.56 setakat jam 3 petang Khamis.

Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.


Artikel Lain