suria

Pencabul bersiri ditahan

Gambar hiasan.

IPOH: Polis menahan seorang pencabul bersiri yang dipercayai mencabul kehormatan lima wanita di Perak Tengah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata suspek berusia 39 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Gajah pada 12 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, insiden itu mendapat perhatian selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang mangsa berusia 18 tahun pada 6 Ogos lalu.

"Mangsa menunggang motosikal dekat Jalan Kelisa 1, Seberang Perak apabila suspek yang juga menunggang motosikal mengekorinya dari belakang dan meraba buah dadanya sebelum melarikan diri.

"Daripada laporan itu, kami melakukan siasatan dan mendapati empat lagi mangsa lain turut dicabuli menggunakan modus operandi sama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata mangsa mengaku melakukan perbuatan itu pada waktu siang antara pukul 10.30 pagi dan 4.30 petang.

Katanya, suspek yang masih bujang disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya

"Suspek masih direman akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh dan Mahkamah Majistret Parit pada Selasa," katanya.

cabul

Artikel Lain