suria

Mayat rentung di ladang kelapa sawit

SITIAWAN: Satu mayat rentung dipercayai mangsa bunuh ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Baru di sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada pemilik ladang kira-kira 11 pagi Selasa.

"Kita masih menyiasat sama ada mayat yang hangus terbakar hampir 90 peratus tersebut dibunuh di lokasi yang sama atau dibunuh di lokasi lain dan dibuang di ladang ini.

“Setakat ini, tiada sebarang bahan atau barangan yang digunakan untuk membunuh mangsa ditemui di lokasi," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Muhammad Hanif berkata, usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti gender dan identiti mayat.

Sementara itu, pemilik ladang Wong Keng Seuw, 48, berkata, dia yang tiba kira-kira 9.30 pagi di ladang tersebut untuk memantau pekerjanya terkejut melihat mayat sebelum bergegas ke Balai Polis Daerah Manjung untuk membuat laporan.

“Saya tidak berani dekat dengan mayat itu tetapi saya masih ternampak kepulan asap kecil daripada mayat tersebut,” katanya. - BERNAMA

mayat, rentung

Artikel Berikut

ECRL, TSGP dibatalkan - PM

Artikel Lain