MINA: Jemaah haji telah diingatkan supaya mematuhi waktu yang ditetapkan untuk melontar jamrah pada Rabu bersamaan 11 Zulhijjah.
Lontaran untuk ketiga-tiga jamrah iaitu Ula, Wusta dan Aqabah boleh dilaksanakan selepas solat Subuh hari ini.
Jemaah dinasihatkan agar sentiasa berada dalam kumpulan masing-masing untuk mengelakkan sesat.
Penulis berada di Maktab 112 Mina yang terletak kira-kira 400 meter dari Kompleks Jamrah.
Ketika ini jutaan jemaah haji menyempurnakan wajib haji iaitu melontar Jamrah d Kompleks Jamrah d sini bermula Selasa.
Lontaran pertama pada 10 Zulhijah iaitu Jamrah Aqabah bagi sebahagian besar rakyat Malaysia dilaksanakan tengah hari Selasa.
Misalnya sebahagian jemaah Zahafiz Travel & Tours yang duduk d Maktab 112 di sini melontar selepas solat Maghrib dengan diketuai Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zainal Abidin Yusof.
Maktab 112 menempatkan kira-kira 3, 000 jemaah dari 17 agensi pengendali haji dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.