suria

Bayi alami pendarahan otak ketika dijaga pengasuh dimasukkan ke ICU

Gambar hiasan

SEREMBAN: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Tuanku Ja'afar di sini selepas mengalami pendarahan otak ketika berada di bawah penjagaan seorang pengasuh.

Bayi itu telah menerima rawatan di unit penjagaan rapi hospital sejak Selasa ketika mangsa dikejarkan ke sana oleh ibunya selepas pengasuh memberitahu bahawa anaknya tidak sedarkan diri.

Berita mengenai bayi malang itu tular di media sosial dan difahamkan bahawa para doktor yang merawatnya menemui kesan lebam di beberapa bahagian tubuh bayi berkenaan.

Difahamkan bahawa ibu bapa bayi mengenali pengasuh terbabit dan menghantar anak mereka ke rumahnya selama lebih seminggu.

Bagaimanapun, punca sebenar bayi itu mengalami pendarahan otak atau lebam di tubuhnya atau sama ada ibu bapanya telah membuat laporan polis tidak dapat dipastikan.

Cubaan untuk menemu bual ibu bapa bayi di hospital juga tidak berjaya. - The Star

pendarahan otak, pengasuh

Artikel Lain