suria

Tiga maut, dua cedera dihempap mesin kilang di Rawang

Kredit gambar Facebook Roda Pena.

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja maut manakala dua cedera dihempap mesin yang meletup di sebuah kilang di Rawang kira-kira 11 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata mangsa yang maut ialah dua lelaki warga tempatan dan seorang warga Bangladesh.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital.

"Ketika kejadian mangsa dipercayai berada di bawah mesin itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Setakat ini, identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11 pagi.

"Operasi mengeluarkan mangsa masih dijalankan ketika ini," katanya.


Artikel Lain