suria

Lelaki cari 'wanita payung' melalui iklan akhbar kerana gagal minta nombor telefon

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Sebuah iklan pada ruang akhbar oleh seorang lelaki yang mencari 'wanita baik' yang ditemuinya ketika hari Pilihan Raya Umum (PRU) pada 9 Mei lalu menjadi tular.

Lelaki dari Sabah yang hanya ingin dikenali sebagai Gan itu berkata, beliau ingin bertemu wanita tersebut sekali lagi selepas hari pengundian itu dan mengambil keputusan untuk mengiklankannya.

Iklan berkenaan berbunyi: "Mencari seorang wanita yang saya temui pada 9 Mei 2018. - Saya Gan mencari wanita yang saya temui di pusat pengundian Sekolah Menengah St. Francis pada hari pilihan raya. Awak sangat manis dan baik kerana memberikan saya berteduh di bawah payung awak, kita berbual dengan baik."

"Awak pergi ke kereta untuk mengambil baju baju (shirt) bahagian luaran. Kita terpaksa berpisah ketika tiba giliran awak untuk membuang undi dan saya gagal meminta nombor telefon awak.

"Saya ingin bertemu dengan awak lagi. Tolong SMS atau WhatsApp saya pada nombor 012-8358467. Saya akan tunggu awak. Tulus, Gan."

Ketika dihubungi The Star, Gan enggan mendedahkan nama penuh, umur dan latar belakang keluarga serta perkahwinannya.

"Saya memikirkan tentang wanita tersebut sejak beberapa bulan dan saya hanya nak berkawan dengannya.

"Saya tidak berniat jahat, tetapi ikhlas untuk mencari kawan untuk diajak keluar," katanya.

Menurut Gan, dia beratur untuk mengundi ketika cuaca panas terik pada pagi 9 Mei.

"Kemudian, wanita ini datang dan menawarkan saya untuk berkongsi payung sewaktu saya mengadu tentang cuaca panas.

"Kami berbual seperti kawan lama," katanya.

Selepas berbual selama 20 minit, mereka berpisah untuk membuang undi.

"Saya tidak boleh berhenti memikirkan dia. Saya harap dapat berjumpa dengannya lagi, mungkin keluar minum kopi bersama," tambah pemuda itu.

Kata Gan, dia berharap wanita tersebut yang digambarkan cantik, berambut pendek dan memiliki ketinggian 160cm akan melihat iklan itu dan menghubunginya. - The Star

payung, PRU14

Artikel Lain