suria

Ibu JJ mohon sijil faraid untuk harta lebih RM2 bilion

Allahyarham Jamaluddin Jarjis.

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas, memfailkan permohonan untuk mendapatkan sijil faraid ke atas harta bekas menteri itu yang bernilai RM2.08 bilion.

Aminah Abdullah, 95, memfailkan permohonan itu menerusi Tentuan Kamar Ainiah & Co pada 2 Mac lalu.

Permohonan itu dibawa untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpu,r Siti Zulaiha Mohamad Mansor di sini pada Rabu.

Kes ini ditetapkan untuk pengurusan kes pada 13 September.

Dalam afidavitnya, Aminah berkata, Jamaluddin yang meninggal dunia pada 4 April 2015, meninggalkan beliau sebagai ibu, balu, Puan Sri Kalsom Ismail, anak lelaki, Ikwan Hafiz dan tiga anak perempuan, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla.

Bapa Jamaluddin meninggal dunia pada 2002.

Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, balu Allahyarham Jamaluddin dan anak-anaknya telah dimaklumkan mengenai permohonan sijil faraid itu.

"Aset tersebut termasuk 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Makkah, Arab Saudi dan beberapa syarikat," katanya.

Jamaluddin Jarjis

Artikel Lain