suria

AirAsia tawar lima juta tempat duduk promosi

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menawarkan lima juta tempat duduk promosi untuk membolehkan orang ramai, khususnya anggota AirAsia BIG pergi ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

Dalam kenyataan pada Sabtu, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata anggota AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak faedah, termasuk diskaun segera, apabila mereka menempah penerbangan di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.

“Tambang tempat duduk promosi termasuk semua bagi anggota bermula daripada RM15 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit - Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin dan Phuket.

“Anggota AirAsia BIG boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2 September 2018 hingga 9 September 2018. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari 2019 dan 26 November 2019,” menurut AirAsia.

Anggota yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk anggota daripada serendah RM159 dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii.

Bagi bukan anggota AIrAsia BIG, mereka boleh menempah tempat duduk promosi bermula daripada RM20 dari 3 September hingga 9 September 2018.

“Untuk mendaftar sebagai anggota AirAsia BIG secara percuma, layari airasia.com dan klik ‘Daftar', ” menurut AirAsia. - BERNAMA

AirAsia

Artikel Sebelum

SST: Harga barangan masih kekal

Artikel Lain