suria

Tak kisah orang nak cakap saya gila - Mie Merdeka

Mie Merdeka bersama kenderaan yang dihias bendera di hadapan kedai makannya di Peramu.

KUANTAN: Biarpun pernah digelar tidak siuman, dan dikritik sesetengah pihak, seorang peniaga kedai makan tetap meneruskan usaha menghias warungnya dengan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan ke-61.

Mie Merdeka atau nama sebenarnya, Wan Rahimi Wan Mokhtar,56 turut membuat pakaian merdeka di samping menghias semua kenderaan miliknya dengan kos kira-kira RM 54,000

Dia yang sudah melakukannya sejak 18 tahun lalu berkata, wang tidak mampu mengukur semangat patriotismenya.

Menurutnya, inilah cara dirinya mempamerkan rasa bertuah menjadi anak Malaysia menerusi pemasangan banyak bendera yang menjadi hiasan utama.

“Ini cara saya nak tunjukkan rasa cinta. Saya bangga sebab negara kita dah merdeka 61 tahun. Saya tak peduli apa kata orang...orang nak cakap gila pun saya tak kisah, yang penting saya puas hati.

Mie Merdeka melaungkan 'Merdeka' dari dalam keretanya yang turut dihiasi jalur gemilang.

“Saya tidak faham dengan semangat orang sekarang yang sambut merdeka kerana mereka ini sekadar melaungkan merdeka namun tidak terdetik di hati dan meresap ke dalam jiwa mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Meskipun sering dipertikai, hiasan bendera di Jalan Peramu, Tanjung Lumpur itu bukan sahaja pada bulan kemerdekaan, malah sepanjang tahun

"Hiasan di kedai saya ini juga hasil idea rakan dan jiran. Tahun ini saya membesarkan lagi hiasan di pintu gerbang dengan bendera dan bendera Pahang,"katanya.

Bagi guru, Salim Mohd Rashid, 47, kagum dengan semangat Mie Merdeka yang mempunyai ciri patriotisme dan cintakan negara yang kuat dalam dirinya.

“Saya sangat kagum dengan hasil pengorbanan beliau sepanjang tahun...ada saja penambahan hiasan berkonsep kemerdekaan setiap tahun dan hasilnya sungguh kreatif.

"Beliau juga terlibat dengan pembarisan dalam pengorbanan beliau untuk menghias kedai dan juga kenderaan khusus untuk menyambut kemerdekaan jadi saya sangat bangga dengan beliau," katanya. - Sinar Harian

Mie Merdeka, Hari Kemerdekaan

Artikel Lain