suria

Musa Aman tampil di SPRM Putrajaya

PUTRAJAYA: Tan Sri Musa Aman kembali ke Semenanjung selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga di Kinabalu, dilihat tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat pada pagi Khamis.

Bekas menteri besar Sabah tiba di bangunan itu pada pukul 11.45 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire hitam.

Sebuah lagi kenderaan yang sama menyusul kemudian masuk ke perkarangan bangunan dan dipercayai dinaiki peguamnya.

Musa dijangka disoal siasat mengenai mengenai beberapa kes sepanjang beliau berkhidmat sebagai ketua menteri Sabah.

SPRM bagaimanapun tidak mendedahkan perkara itu termasuk skop siasatan mereka.

Musa Aman, SPRM

Artikel Lain