suria

Anwar pilih kerusi Parlimen N. Sembilan - Sumber

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Negeri Sembilan pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Presiden PKR itu sudah memilih kerusi yang akan dipertandingkan, menurut sumber pimpinan teratas parti tersebut.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-PKR) adalah wakil tunggal parti berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU-14), calon PKR ini memenangi kerusi P132 apabila mendapat 36,225 undi dengan majoriti 17,110.

Bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 68 tahun itu menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mogan Velayatham yang menerima 18,515 undi, manakala wakil PAS, Mahfuz Roslan mendapat 6,594 undi.

ARTIKEL BERKAITAN: MP Nibong Tebal nafi kosongkan kerusi untuk Anwar

Sebelum ini, Anggota Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman menafikan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK.

"Mesej itu tidak betul. Saya nafikan akan melepaskan kerusi Nibong Tebal. Saya tidak akan melepaskan kerusi Nibong Tebal," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin.

Mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu menyatakan mesyuarat khas PKR pada tengah hari Isnin bersetuju peletakan jawatan Mansor sebagai Anggota Parlimen Nibong Tebal dan memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi tersebut.

Kenyataan Mansor ini sekali gus menolak kemungkinan Anwar akan bertanding di mana-mana kerusi di utara dan ia disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Berita selanjutnya menyusul.

Anwar Ibrahim

Artikel Lain