suria

RM317,500 duit pesara guru lesap diperdaya Macau Scam

BATU PAHAT: Seorang pesara guru kerugian RM317,500 selepas dia menjadi mangsa penipuan yang dikenali sebagai Macau Scam.

Mangsa yang berusia 60 tahun menerima panggilan pada pukul 10.30 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa sebagai pekerja mahkamah yang kemudiannya menghubungkannya dengan seorang 'anggota polis' pada minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh berkata, wanita itu diberitahu bahawa tunggakan pembayaran kad kredit miliknya digunakan oleh seseorang untuk melakukan kegiatan jenayah.

"Mereka juga memberitahu bahawa kesalahan itu dihubungkan dengan penyeludupan dadah dan aktiviti pengubahan wang haram.

Tambah Mender Singh, mangsa dijanjikan bahawa wang itu akan dikembalikan setelah siasatan selesai dijalankan dalam tempoh kurang 30 minit.

"Wanita itu menyedari dia telah ditipu apabila tidak memperoleh semula wang miliknya selepas 30 minit dan dia tidak dapat menghubungi semula nombor telefon berkenaan," katanya.

Wanita itu kemudiannya membuat laporan di ibu pejabat polis Batu Pahat.

Macau Scam sering bermula dengan panggilan telefon dari individu yang berpura-pura menjadi pegawai polis, bank, agensi kerajaan atau pengutip hutang.

Penipu biasanya akan mendakwa mangsa mempunyai berhutang atau denda yang tidak dibayar, dan mereka akan berhadapan tindakan tegas jika tidak melangsaikannya.

Para mangsa yang tertipu kemudiannya akan diminta membuat pembayaran untuk melepaskan diri daripada tuduhan yang diwujudkan oleh penipu.

Macau Scam, pesara guru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain