suria

Lelaki sanggup mengaku hamil gara-gara tular pizza percuma

TAWARAN pizza percuma buat wanita hamil mencuri perhatian netizen sebaik pengumuman itu dihebahkan menerusi sekeping gambar yang dimuat naik ke laman sosial, Khamis.

Ya lah.... siapa yang tidak mahu makanan percuma kan?

Pemilik Anak Dol Pizza, Nor Rosidah Osman, 30, memberitahu dia tidak menyangka ia akan menjadi tular kerana pemberian pizza percuma itu sudah bermula sejak April lalu.

"Pemberian pizza percuma kepada wanita mengandung itu sebenarnya sudah lama kami buat.

"Cuma disebabkan satu posting yang dimuat naik salah seorang pelanggan kami, ramai pula yang 'share' dan ianya menjadi tular di Facebook.

"Sebelum ini dah banyak kali saya post tetapi tidak pernah viral," katanya yang beroperasi di Jerantut, Pahang ketika dihubungi mStar Online.

Pelanggan beratur bagi mendapatkan Anak Dol Pizza

Menurut Rosidah atau lebih mesra disapa Ida, idea memberi pizza percuma kepada ibu hamil setiap Rabu tercetus ketika dia mengidam untuk menikmati hidangan itu semasa hamil anak ke-3.

"Ibu-ibu mengandung ni selalunya ada sahaja benda yang diidamnya.

"Ketika saya mengandungkan anak ketiga, saya terfikir bagaimana jika ada wanita hamil yang teringin makan pizza tetapi tidak mampu memilikinya?

"Sejak itu, saya buat keputusan untuk memberikan pizza secara percuma khusus buat wanita hamil," katanya.

Menyediakan sebanyak 10 hingga 15 biji pizza percuma setiap Rabu, Ida mengakui ada diantara pelanggan yang cuba mengambil kesempatan di atas pemberian makanan secara percuma itu, namun menganggap perbuatan itu sebagai gurauan.

"Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan pizza ini. Ia lah... makanan percuma. Siapa tidak mahu.

"Ada di antara mereka yang memberitahu isteri sarat mengandung dan tidak larat untuk hadir tetapi teringin makan pizza, saya tetap memberikannya kepada mereka.

"Malah, ada juga lelaki yang mengaku mereka hamil tetapi saya tahu ia hanya usikan pelanggan 'nakal' terhadap saya," katanya.

Anak Dol Pizza, Jerantut, percuma

Artikel Sebelum

"Saya bukan pencuri" - Najib

Artikel Berikut

Selepas Najib, Rosmah pula?

Artikel Lain