suria

'Shahrukh Khan' maut tersepit lif

Gambar hiasan.

GEORGE TOWN: Seorang penghantar ayam maut selepas tersepit pada lif mengangkut barang di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang, di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, dikatakan berada di situ untuk menghantar bekalan ayam yang dipesan restoran tersebut.

"Mangsa tersepit pada lif mengangkat barang di tingkat tiga restoran berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain