suria

MH370: Media antarabangsa dedah mesej 'seram' Kapten Zaharie kepada model kembar

Kapten Zaharie

RANTAIAN mesej di media sosial daripada juruterbang penerbangan MH370 yang hilang secara tidak langsung mendedahkan personalitinya sebagai seorang lelaki yang 'obses' dengan profil sepasang model kembar.

Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah juruterbang dalam pesawat yang membawa 238 penumpang dan anak kapal yang hilang pada Mac 2014.

Namun pendedahan menerusi media sosial itu hanya dilaporkan Daily Mail pada Ahad, sekali gus memberikan gambaran tentang dakwaan status mental yang 'merosakkan dirinya' seperti yang pernah dinyatakan oleh seorang ahli psikologi terhadap juruterbang itu.

Dalam tempoh 12 bulan sebelum pesawat Boeing 777 hilang, Zaharie dilaporkan telah 'meninjau' halaman Facebook pasangan model kembar Malaysia itu dan meninggalkan komen bersifat seksual.

Lan Qi Hui dan Qi Min Lan, 26, di mana usia mereka 27 tahun lebih muda berbanding Zaharie.

Sepanjang 2013, kapten berusia 53 tahun itu dilaporkan telah meninggalkan 97 komen berasingan di Facebook untuk Qi Min Lan.

Sebilangan besar mesejnya bagaimanapun diabaikan.

Zaharie meminta pasangan kembar itu datang ke Kuala Lumpur, lokasi di mana dia tinggal bersama isterinya.

"Bila di KL," dia menulis satu lagi komen.

"Bagaimana dengan KL?," tetapi tidak mendapat balasan.

Dalam satu lagi posting, di mana Qi Min Lan menyiarkan gambar dirinya memakai baju mandi, dia menulis: "Baru mandi?"

Zaharie digambarkan sebagai seorang lelaki yang baik dan riang oleh rakan-rakannya, tetapi media sosialnya menunjukkan sisi lain juruterbang itu, lapor Daily Telegraph.

ARTIKEL BERKAITAN: Sifat Dermawan Perkukuh Imej Positif Kapten Zaharie - Rakan

Paparan skrin laporan mengenai Zaharie di Daily Telegraph.

Di samping mesej kepada gadis-gadis, Zaharie sering mengkritik kerajaan Malaysia yang kebetulan memiliki syarikat penerbangan tempat dia bekerja.

Di laman Facebooknya sendiri, Zaharie pernah melabel perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak sebagai 'moron'.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapten Pesawat MH370 Seorang 'Aktivis Politik', Lapor The Mail

Pada April 2013, menjelang pilihan raya Malaysia, Zaharie membuat 119 kali posting, kesemuanya mencerminkan kebenciannya terhadap kerajaan Najib.

Bulan berikutnya, selepas parti Najib diberi mandat lima tahun lagi, Zaharie menulis: "Perasaan memberontak sentiasa ada dalam diri kita. Biarkan ia keluar!"

Pakar penerbangan yang juga ketua pengarang airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata, adalah sesuatu yang membimbangkan apabila seorang juruterbang kanan membuat komen politik.

"Sepatutnya ia menjadi penggera yang serius bagi syarikat penerbangan itu apabila anda mempunyai seseorang yang terbang dan terang-terangan anti-kerajaan," kata Thomas.

"Sekiranya seorang juruterbang Qantas melakukan sesuatu seperti itu dia akan beri penjelasan dan digantung."

Sehingga kini, bangkai penerbangan MH370 masih tidak ditemui, menyebabkan banyak teori konspirasi muncul.

Salah satu teori popular timbul hanya beberapa minggu selepas pesawat hilang, yang mana Zaharie dikatakan merancang dan melaksanakan pembunuhan beramai-ramai kerana masalah peribadi.

Bagaimanapun dakwaan itu ditepis oleh keluarga dan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: MH370: Henti Salahkan Adik Saya - Kakak Kapten Zaharie

Komunikasi terakhir dari pesawat itu adalah daripada Zaharie yang mengucapkan 'Good night, Malaysian370' ketika pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia.

Turut dilaporkan Zaharie menggunakan simulator penerbangan di rumahnya untuk merancang laluan ke pulau terpencil.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Ambil 'Flight Simulator' Juruterbang

Bagaimanapun, pegawai penyiasat di Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa polis Malaysia dan pakar teknikal FBI tidak menemui sebarang petunjuk untuk mencadangkan bahawa dia merancang untuk merampas penerbangan itu selepas memeriksa simulator penerbangannya.

Peminat penerbangan Australia, Michael Gilbert percaya pesawat malang itu terbakar semasa penerbangan, memaksa juruterbang untuk merancang lencongan jauh dari kawasan yang ramai penduduk.

Kapten Zaharie, MH370, model kembar

Artikel Lain