suria

Pekerja penyelenggaraan digantung tugas gara-gara seret bangkai anjing di NSE

PETALING JAYA: Sebuah firma perkhidmatan penyelenggaraan infrastruktur telah meminta maaf atas tindakan pekerjanya yang menyeret bangkai seekor anjing di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan (NSE) di Pulau Pinang.

"Edgenta Propel Bhd ingin memohon maaf dan kecewa dengan tindakan tidak sengaja kakitangan kami kerana mengheret bangkai anjing di KM136.8 (South Bound) di NSE," jelas satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, Pasukan Intervensi (PIT) menerima laporan pada pukul 1.12 petang mengenai bangkai seekor anjing yang dilihat di lorong laju NSE itu.

"Mereka ditugaskan untuk membersihkan bangkai itu, dan meletakkannya di belakang lori untuk ditanam.

"Haiwan sering dijumpai dan dibersihkan oleh pekerja PIT mengikut prosedur standard," katanya.

Walau bagaimanapun, siasatan kini dijalankan terhadap tindakan yang dilakukan oleh kakitangan dalam kejadian itu.

Pekerja terbabit digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) turut tidak berpuas hati selain telah mencetuskan kemarahan di kalangan orang ramai apabila melihat rakaman gambar seekor anjing diseret di seberang jalan di Pulau Pinang oleh sebuah lori penyelenggaraan yang dimiliki oleh Edgenta.

Ramai yang mengutuk dan berpendapat bahawa anjing itu mungkin masih hidup.

Seret anjing, Edgenta

Artikel Berikut

"Pesalah rasuah mesti dihukum!"

Artikel Lain