PETALING JAYA: Lelaki ditunjukkan sedang minum arak dan berparti dengan wanita menerusi mesej yang tular bukan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru dilantik. Peguam Azhar Harun, atau lebih dikenali sebagai Art Harun, menafikan lelaki di dalam gambar-gambar yang tular itu adalah dirinya. "Itu bukan saya. Sudah tentu bukan," katanya kepada The Star pada Rabu. Gambar-gambar tersebut yang berserta teks yang mendakwa individu tersebut adalah Azhar, tular menerusi aplikasi WhatsApp. Antara yang lain, ia menunjukkan seorang lelaki sedang minum arak dan lelaki yang sama mencium seorang wanita. Mesej itu turut membuat sindiran dengan berharap agar Pengerusi SPR yang baharu tidak minum arak sebelum mengumumkan calon dan keputusan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. Bagaimanapun, lelaki di dalam gambar-gambar tersebut hanya mempunyai sedikit iras dengan Azhar. Carian imej di Google menunjukkan gambar-gambar tersebut daripada beberapa laman web di Indonesia. Menurut halaman Facebook Indonesia, RPS 2019, lelaki tersebut adalah Ustaz Abu Janda al-Boliwudi dan merupakan warga Indonesia. Ia memberitahu, akaun Facebook peribadi Abu Janda telah digodam dan album gambar peribadinya telah ditetapkan secara persendirian, telah diakses secara terbuka.