suria

Polis tidak curi duit RM43.3 juta yang disita dari premis Najib - Amar Singh

KUALA LUMPUR: Pihak polis tidak mencuri RM43.3 juta daripada serbuan pada Mei di beberapa premis yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti didakwa oleh seorang penulis blog.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, dakwaan oleh Raja Petra Kamarudin langsung tidak munasabah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami sedia pertahankan Amar Singh- KPN”

"Saya tidak akan memberikan perhatian kepada penulis itu.

"Dia menggelarkan diri sendiri sebagai wartawan penyiasat, tapi nampak lebih kepada penulis upahan (mercenary).

Raja Petra.

"Tuduhannya tidak berasas. Kalau dia (Raja Petra) betul-betul ada maklumat yang boleh dipercayai, buatlah laporan di Malaysia.

"Jangan menyorok di belakang langsir siber," kata Amar pada sidang media di ibu pejabat JSJK pada Jumaat.

Raja Petra membuat tuduhan berasaskan jumlah wang tunai yang disita dalam beberapa siri pengumuman sidang media berhubung siasatan itu, tambah Amar.

Beliau berkata, pengumuman awal pada sidang media 25 Mei menyatakan RM114 juta disita dari sebuah unit di Pavilion Residences.

"Bagaimanapun, semua wang tunai yang diperolehi dari enam premis dikaitkan dengan bekas perdana menteri... jumlah wang disita adalah RM116 juta, seperti yang diumumkan pada sidang media saya 20 Jun lalu.

Antara barangan lain seperti barang kemas dan mewah yang disita dari premis Najib.

"Beliau (Najib) kemudian membuat laporan bahawa terdapat RM160 juta yang telah disita, namun beliau tidak dapat mengesahkannya," tambah Amar.

Menurut Amar, beliau amat yakin bahawa wang tunai yang diperoleh daripada serbuan itu adalah jumlah yang sama dengan wang yang disita oleh polis.

"Saya tidak ambil ringan tuduhan oleh mana-mana parti tentang dakwaan polis mencuri wang.

"Saya desak Raja Petra untuk tampil dan buat laporan.

"Kalau laporan itu palsu, maka dia akan berdepan tindakan undang-undang yang tegas," kata beliau. - The Star

Amar Singh, Raja Petra

Artikel Lain