suria

Bekas pemain badminton negara Chee Tean maut kemalangan

Tan Chee Tean bersama Shevon Lai semasa Kejuaraan Dunia pada 2015.

PETALING JAYA: Bekas pemain badminton negara, Tan Chee Tean maut dalam kemalangan kereta di selatan Brno, Republik Czech.

Pemain pasukan regu berumur 24 tahun itu berkunjung ke Austria semasa kemalangan pada 28 September lalu selepas bertanding di Terbuka Czech.

Chee Tean meninggalkan pasukan kebangsaan pada Februari tahun ini selepas berkhidmat selama enam tahun di mana beliau menduduki tempat kedua sebanyak dua kali di Terbuka Bangladesh (bersama Tan Wee Gieen dalam regu lelaki) dan Cabaran Antarabangsa Thailand (bersama Shevon Lai Jemie dalam regu campuran) pada 2015.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberitahu, ia amat berdukacita dengan kehilangan bekas pemain mereka.

"Saya amat sedih mendapat khabar berita mengenai Chee Tean. Beliau merupakan seorang bakat muda yang istimewa, mampu bermain dalam kedua-dua pasukan regu campuran dan lelaki," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar yang bukan hanya untuk keluarganya tetapi juga kepada penyokong badminton.

"Ingatan kami di BAM bersama keluarganya dan rakan-rakannya pada waktu yang amat sukar ini," katanya.

Tan Chee Tean

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain