KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik status terkini di Facebook selepas berita penahanan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Rabu petang. ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah ditahan SPRM ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit” - Nooryana Najib Sekadar dua ayat namun sarat dengan mesej untuknya sekeluarga. “Allah Maha Mendengar, walau sehalus mana bisikan dalam hati yang ikhlas. Jadi jangan pernah berhenti berdoa dan bergantung harap kepada-Nya,” tulisnya. Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang hari ini selepas lima jam memberi keterangan. Rosmah bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan pada 8 Ogos lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula, Khamis. - Sinar Harian