suria

Kubur Nazrin digali semula 8 Oktober

Nazrin Hassan.

PETALING JAYA: Kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan dijangka digali semula pada Isnin depan (8 Oktober) untuk bedah buat siasat kali kedua.

Laporan awal mengatakan kubur tersebut digali semula pada Rabu, mengakibatkan beberapa pemberita memenuhi tanah perkuburan Islam Kota Damansara.

Bagaimanapun, abang Nazrin, Dr Malek Hassan berkata, laporan berkenaan tidak tepat.

"Bukan Rabu," katanya, sambil menambah bahawa penggalian kubur dan bedah siasat kali kedua akan dilakukan pada 8 Oktober ini.

Difahamkan, polis memantau tanah perkuburan itu sejak permohonan untuk menggali semula kubur Nazrin dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin.


Nazrin Hassan, Cradle Fund

Artikel Sebelum

Rosmah ditahan SPRM

Artikel Lain