suria

Polis marin rampas 2,000 biji telur penyu di Sandakan

KOTA KINABALU: Lebih 2,000 biji telur penyu dirampas selepas polis marin menahan sebuat bot nelayang yang cuba masuk ke Sabah melalui perairan Sandakan.

Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri ke sungai Batu Putih dan lari selepas dikejar sekitar pukul 6.10 pagi.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Supritendan Mohd Nasir Othman, empat anggota mengesan bot itu yang sedang bergerak ke perairan terbuka menuju ke sungai Batu Putih.

"Kami mengejar dan berjaya memintas bot tetapi mereka terjun ke dalam sungai. Mereka tidak dapat dikesan," ujarnya.

Menurut Mohd Nasir, bot itu memiliki nombor pendaftaran dari Filipina dan polis mengesyakki telur penyu itu cuba diseludup untuk dijual di pasaran Sandakan.

2,000 biji telur penyu yang ditemui dalam empat beg di atas bot itu dianggarkan bernilai RM4,000 mengikut harga pasaran.

Polis marin kini menyerahkan kes itu kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk meneruskan siasatan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Telur Penyu, Polis Marin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain