suria

"Cash bukan lagi king" - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

PORT DICKSON: Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pimpinan kerajaan lalu yang mengatakan 'cash is king'.

"Katanya dulu, duit boleh buat apa sahaja..cash is king. Sekarang tahu dah cash bukan lagi king.

"Sebab yang jadi king adalah rakyat. Bila rakyat rasakan orang itu tidak layak jadi perdana menteri, bagi la duit banyak mana pun, rakyat tahu dan tidak undi juga," katanya ketika ceramah mega PH, di sini, Isnin malam.

Menurutnya, ini adalah kemenangan rakyat melawan rasuah.

Tambah Dr Mahathir, selepas kemenangan PH dalam PRU14, 9 Mei lalu, banyak perkara buruk pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibongkar.

Jelas ahli Parlimen Langkawi itu, bukan sahaja duit dicuri, tetapi ramai pegawai dialih pemikiran agar rela membantu penyangak, jadi bila PH ambil alih, pihaknya berdepan masalah untuk pulih jentera kerajaan.

"Jadi bila dapati ramai jentera ini dah dirosakkan, maka kita terpaksa tukar dengan orang baru. Tapi kita tahu, orang baru tak cekap macam orang lama, kita perlu susun balik kerajaan agar pemerintahan dapat laksanakan dasar dan tindakan.

"Tapi Alhamdulillah, yang tak terlibat rasuah dapat memahami cara pentadbiran dan saya yakin jentera ini akan dapat dipulihkan tidak lama lagi. Mereka juga faham, tak ada tempat bagi rasuah duduk dalam kerajaan," katanya. - Sinar Harian

Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain