suria

Cadang Astro batal kemenangan Aishah, Vida mohon maaf

PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memohon maaf di atas cadangannya sebelum ini agar Astro menarik balik gelaran juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dimenangi penyanyi Aishah.

ARTIKEL BERKAITAN: Permata itu tiada dalam senarai hadiah! Vida beri kata dua, “take it or leave it!”

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan sudah diaudit, Vida tiada kuasa tarik kemenangan Aishah - Astro

Beliau berkata kenyataan tersebut dikeluarkannya ketika dalam keadaan marah.

“Saya pun terkejut sebab tiba-tiba dia (Aishah) tubik (keluar) dalam media sosial cakap palsu. Marilah jumpa saya dulu, kenapa nak tubik dulu.

“Saya pun ada angin juga, masa tu mulut  geram, jadi itulah yang tertubik. Itu saya minta maaf,” katanya pada sidang media khas mengenai penjelasan isu berlian pemberiannya kepada Aishah yang didakwa palsu di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Vida tetap mempertahankan kenyataannya yang menyifatkan program GV bertujuan untuk membantu menaikkan artis ‘sendu’.

“Sekiranya perkataan sendu itu mengguris hati siapa-siapa yang terasa dia sendu,  kenapa dia terasa dia sendu, buatlah sesuatu supaya tak sendu.

“Yang sendu tu kenapa terasa, 'wake up', 'move on', jadikan diri anda tak sendu,” katanya.

Beliau turut meminta netizen supaya mencari perkataan lain bagi menggantikan perkataan sendu yang disifatkan sebagai terlalu sensitif.

“Apa istilah yang nak diguna pakai apabila lama menghilang, dulu popular sekarang tak popular, dulu ada show sekarang tak ada... bagi saya satu perkataan selain perkataan sendu.

“Bagi saya perkataan sendu biasa je sebab saya tahu netizen boleh gantikan perkataan itu seperti mana lahirnya perkataan kita seronok pakai seperti membawang. Jadi lahirkan satu lagi perkataan bagi sendu,” katanya. 

Gegar Vaganza, Aishah, Vida

Artikel Berikut

Klang dilanda banjir kilat

Artikel Lain