PORT DICKSON: Tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bertembung di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang di sini, Sabtu. Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan calon PAS, Lt-Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar pada kira-kira pukul 11.05 pagi. Calon bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga bekas pembantu Anwar, turut hadir di sekolah itu tetapi berjumpa dan bersalaman dengan para pengundi secara berasingan. PRK Port Dickson menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara calon PH, Anwar, Mohd Nazari (PAS), Mohd Saiful dan empat lagi calon bebas, Tan Sri Isa Samad, Kan Chee Yuen, Stevie Chan dan Lau Seck Yan.